Majlis Penutup Program HUBBUL QURAN & Program Mentor Mentee Perdana

Masjid UniSZA | 21 Mei 2025
Alhamdulillah, Majlis Penutup Program HUBBUL QURAN bagi pelajar Asasi Sains & Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlangsung dengan penuh keberkatan bertempat di Masjid UniSZA.
Seramai 53 orang pelajar telah berjaya menerima sijil penghargaan atas usaha gigih mereka menghafaz tujuh surah pilihan bersama guru tasmi’, Dr. Mostafa Hassan Mohamed El Khayat, dengan sokongan para naqib dan naqibah.
Barisan Naqib:
-
Muhammad Fathul Bari bin Mohd Sukri
-
Muhammad Haziq bin Mohd Shafis
-
Engku Syahrul Hasif bin Engku Ahmad Huzaifah
Barisan Naqibah:
-
Zahra Nur binti Mohd Zaik
-
Iman Qudsiyyah binti Mohd Khairulazman
-
Syifa’ binti Shaiful Anuar
-
Nurul Amni Nadia binti Mohd Nazim
Selain itu, majlis ini turut digabungkan dengan Program Mentor Mentee Perdana yang menekankan Modul Pengurusan Masa. Modul ini memberi panduan kepada pelajar untuk menguruskan akademik, aktiviti dan kehidupan secara lebih seimbang. Pendekatan ini selari dengan usaha UniSZA membentuk generasi yang berdisiplin, berilmu serta memiliki sahsiah unggul.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta, mentor, mentee, naqib, naqibah dan tenaga pelaksana yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus diberkati Allah SWT dalam memartabatkan Al-Quran serta melahirkan mahasiswa yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.

