KATA ALUAN PENGARAH
Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdullilah, segala pujian bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas segala limpah kurnia dan nikmat yang diberikan.
Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA),
PUSPA merupakan gerbang utama bagi pelajar-pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di UniSZA. Seiring dengan visi dan misi universiti, PUSPA komited untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga memiliki sahsiah unggul, kemahiran insaniah yang mantap, serta daya saing yang tinggi bagi menghadapi cabaran masa kini.
Laman web ini diwujudkan sebagai medium maklumat rasmi untuk warga PUSPA, bakal pelajar, ibu bapa serta masyarakat umum. Melalui laman ini, para pengunjung boleh mendapatkan pelbagai informasi berkaitan program pengajian, aktiviti akademik dan ko-kurikulum, pencapaian pelajar, serta berita terkini mengenai perkembangan PUSPA.
Saya berharap laman web ini dapat menjadi rujukan utama dalam memberikan gambaran jelas mengenai fungsi, peranan, dan pencapaian PUSPA sebagai salah satu pusat pengajian asas yang progresif dan dinamik.
Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa menyokong usaha PUSPA dalam merealisasikan matlamatnya. Semoga laman web ini memberi manfaat dan maklumat berguna kepada semua pengunjung.
Sekian, terima kasih.
'ILMU DAN AKHLAK PEMACU KECEMERLANGAN INSAN'
PROF. MADYA DR. SHARIFAH WAJIHAH WAFA SYED SAADUN TAREK WAFA
PENGARAH PUSPA