Tahniah Pasukan Debat Bahasa Inggeris UniSZA!
Tahniah Pasukan Debat Bahasa Inggeris UniSZA!
Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA dengan bangganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasukan Debat Bahasa Inggeris atas pencapaian cemerlang mereka dalam Pertandingan Debat Antara Asasi 2025 yang berlangsung pada 27 April 2025 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pasukan ini berjaya mengharungi cabaran demi cabaran sehingga berjaya melangkah ke peringkat suku akhir, membuktikan kebolehan dan semangat juang yang tinggi dalam arena perdebatan.
Kejayaan ini bukan sahaja menjadi bukti komitmen dan dedikasi para peserta dalam mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan berkomunikasi secara efektif, malah turut memperlihatkan sokongan padu daripada pihak pengurusan, jurulatih serta seluruh warga UniSZA. Kejayaan ini juga menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik, malah dalam aktiviti kokurikulum.
Semoga pencapaian ini menjadi titik tolak untuk lebih banyak kejayaan yang akan datang, dan diharapkan pasukan debat UniSZA akan terus berusaha gigih dan mengharumkan nama universiti di peringkat yang lebih tinggi. Sekali lagi, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat!
Ilmu Demi Faedah Insan – Knowledge for the Benefit of Humanity.