Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Retreat & Majlis Iftar Ramadhan PUSPA 2025 Perkukuh Strategi dan Ukhuwah Warga PUSPA

15 Mac 2025Program Retreat & Majlis Iftar Ramadhan PUSPA 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Permai Hotel, Kuala Terengganu. Program ini bukan sahaja menjadi ruang penting untuk perbincangan strategik, tetapi turut mempereratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan staf Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Retreat ini telah memberi peluang kepada semua staf untuk membincangkan beberapa dokumen penting melibatkan hala tuju akademik dan institusi, antaranya Pelan Strategik UniSZA (PSU) 2025, Pelan Tindakan Akademik (PTA) 2025, serta aspek berkaitan penyelidikan dan penyediaan Dokumen MQA-01. Sesi-sesi yang berlangsung dalam suasana santai tetapi fokus ini membolehkan perkongsian idea dan penyelarasan perancangan dilakukan secara menyeluruh dan berkesan.

Selain daripada elemen akademik dan pentadbiran, program ini turut diisi dengan aktiviti kerohanian seperti sesi tadarus Al-Quran, solat berjemaah, serta majlis iftar Ramadhan, yang menjadi detik penuh keberkatan dan bermakna buat semua yang hadir. Kesempatan ini turut dimanfaatkan sebagai platform memperkukuhkan ukhuwah Islamiah, serta menyuntik semangat kebersamaan dalam kalangan warga PUSPA.

PUSPA ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf yang telah hadir dan memberikan komitmen penuh sepanjang program ini berlangsung. Kehadiran dan penglibatan aktif semua pihak menjadikan program ini lebih bermakna dan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Semoga segala perancangan dan strategi yang telah dibincangkan dalam Retreat & Majlis Iftar Ramadhan ini dapat direalisasikan dengan jayanya, demi kemajuan berterusan PUSPA dan UniSZA secara keseluruhan.

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

165534