Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

PUSPA UniSZA Raih Pengiktirafan di Majlis Apresiasi Citra Akademik Gemilang (CITRAGem) 2025

26 Februari 2025 – Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila menerima beberapa anugerah berprestij dalam Majlis Apresiasi Citra Akademik Gemilang (CITRAGem) 2025, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dalam bidang akademik dan inovasi.

Dalam majlis penuh bermakna ini, PUSPA UniSZA telah dianugerahkan Anugerah Inovator @ Fakulti dan Anugerah Khas, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan signifikan dalam memperkukuh budaya inovasi dan pembangunan akademik di peringkat asasi. Anugerah ini sekali gus mengiktiraf usaha berterusan PUSPA dalam melahirkan pelajar cemerlang serta menyediakan persekitaran pendidikan yang progresif dan berimpak tinggi.

Turut menerima pengiktirafan individu ialah Dr. Siti Maisarah Aziz, yang diberi Apresiasi Citra PDP Nasional (Anugerah Khas Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif – AKRI), sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan kreativiti beliau dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat nasional.

Selain itu, Dr. Siti Norziahidayu Amzee Zamri turut menerima Apresiasi Kecemerlangan Micro-Credential (MC) atas sumbangan beliau dalam memperkasa pembelajaran fleksibel dan pemerkasaan kemahiran pelajar melalui pendekatan micro-credential yang inovatif dan berdaya saing.

Kejayaan ini membuktikan bahawa warga PUSPA sentiasa berdedikasi dalam memacu kecemerlangan akademik, memperkukuh inovasi dan memperluas impak pendidikan di UniSZA. Pengiktirafan ini juga diharapkan menjadi inspirasi kepada semua pensyarah, penyelidik dan warga universiti untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah! Teruskan mencipta kejayaan dan memperkukuh budaya akademik yang cemerlang di UniSZA.

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

168012