Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Jamai’e & Nadwah FLEXs Sempena Ramadan 1446H
26 Mac 2025 – Sempena keberkatan bulan Ramadan, Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Jamai’e & Nadwah FLEXs pada Rabu, 26 Mac 2025 bersamaan 25 Ramadan 1446H bertempat di Dewan Perdana, UniSZA.
Majlis yang berlangsung dari jam 4.45 petang hingga 8.30 malam itu telah dihadiri oleh warga PUSPA yang terdiri daripada staf akademik, pentadbiran dan pelajar. Bertemakan “Pakaian Sunnah”, majlis ini berlangsung dalam suasana penuh harmoni, penghayatan dan ukhuwah.
Acara dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran, sebagai simbol penutup kepada sesi tadarus Al-Quran yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi Nadwah FLEXs, yang memberi ruang untuk perkongsian ilmu dan renungan Ramadan, serta menyemai nilai spiritual dalam kalangan warga PUSPA. Kemuncak program diteruskan dengan iftar jamai’e, iaitu majlis berbuka puasa beramai-ramai yang memperkukuh semangat kekeluargaan dan kebersamaan.
Program ini telah mencapai objektif utamanya iaitu mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan ibadah dan mempereratkan silaturrahim dalam kalangan komuniti PUSPA.
PUSPA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha dan penyertaan dalam majlis ini mendapat ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT.
“Bersama Mengimarahkan Ramadan, Menggapai Reda Ilahi.”