Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

PITRAM 2025 Cungkil Bakat Inovasi Pelajar Asasi Seluruh Malaysia

Alhamdulillah, Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia 2025 (PITRAM 2025) yang berlangsung pada 22 hingga 23 Februari 2025 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlangsung dengan jayanya dan berjaya menghimpunkan bakat-bakat muda dari seluruh negara dalam satu platform inovasi dan kreativiti. Pertandingan ini menjadi pentas penting bagi pelajar asasi dari universiti awam, politeknik dan kolej matrikulasi untuk mempersembahkan idea-idea baharu dalam pelbagai bidang yang berpotensi memberi impak kepada masyarakat dan negara.

PITRAM 2025 bukan sahaja memperlihatkan kehebatan pelajar dalam menghasilkan projek inovatif, malah turut menyemai semangat kolaborasi, kerja berpasukan serta persaingan sihat dalam kalangan peserta. Pelbagai kategori inovasi dipertandingkan yang merangkumi bidang STEM, sosial, teknologi hijau, pendidikan dan TVET, menjadikan PITRAM sebagai satu medan yang menyeluruh untuk mencungkil potensi dan kreativiti pelajar prasiswazah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta yang telah mempamerkan semangat juang dan persembahan projek yang berkualiti tinggi. Kejayaan penganjuran PITRAM 2025 ini juga tidak akan dapat direalisasikan tanpa usaha gigih barisan jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada penganjur, tenaga pengajar, juri profesional, sukarelawan pelajar serta warga kerja PUSPA dan UniSZA yang telah memberikan komitmen sepenuhnya sejak awal hingga tamat program.

Ucapan terima kasih khas ditujukan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta para penaja atas sokongan padu yang diberikan kepada PITRAM 2025. Tidak dilupakan, Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan (CREIM) UniSZA selaku rakan kerjasama utama yang turut memainkan peranan besar dalam menjayakan pertandingan ini.

Semoga PITRAM akan terus menjadi platform unggul dalam melahirkan inovator muda negara, memperkasa pelajar asasi dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal, serta menjadikan inovasi sebagai budaya dalam pendidikan tinggi Malaysia. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Jumpa lagi di PITRAM yang akan datang!

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

170872