Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Majlis Penyampaian Sumbangan Komputer Riba Wakaf pada Semester 1 sesi 2024/2025.

Pada 3 Disember 2024. seramai empat belas (14) pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA telah menerima sumbangan komputer riba. Sumbangan ini disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA, YBhg Prof Madya Dato' Ts Dr Mohd Hafiz Yusoff dan juga dihadiri Pengarah PUSPA, Prof Madya Dr Sharifah Wajihah Wafa Syed Saadun Tarek Wafa dan Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA, Dr. Ahmad Faizol bin Ismail. Objektif utama adalah untuk membantu keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berdepan dengan masalah ketiadaan komputer riba sepanjang sesi pembelajaran . Selain itu, ianya juga memberi peluang kepada orang ramai yang telah memberi sumbangan terhadap pembelian komputer riba bagi mendapatkan pahala berterusan selagi mana ia boleh digunakan. Semoga pelajar PUSPA mendapat manfaat daripada komputer riba itu.

h 0
g g

 

 

 

 

 

 

 

 

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

166256