Majlis Makan Malam 09 & Anugerah Kecemerlangan Pelajar Asasi Sains dan Perubatan UniSZA Sesi 2024/2025
Alhamdulillah, sebuah malam penuh makna telah berlangsung dengan meriah sempena Majlis Makan Malam 09 yang turut menyaksikan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Asasi Sains dan Perubatan UniSZA sesi 2024/2025.
Majlis ini bukan sahaja meraikan pencapaian akademik, malah turut memberi pengiktirafan kepada pelajar yang menyerlah dalam aspek sahsiah, kepimpinan, penglibatan kokurikulum dan keunggulan holistik.
Penerima Anugerah Kecemerlangan:
🏅 Anugerah Terbaik Sukan
Nurdhaniah Erina binti Nazri
🏅 Anugerah Terbaik Sahsiah
Muhammad Haziq bin Mohd Shafis
🏅 Anugerah Kepimpinan
Muhammad Al Amin Putra bin Noor Hafissham
🏅 Anugerah Pelajar Holistik
Muhammad Irfan Sobirin bin Syakirin
🏅 Anugerah Terbaik Akademik
Nur Haniza Sofeah binti Amrul Hazli
🏅 Anugerah Tokoh Pelajar
Muhammad Irfan Sobirin bin Syakirin
Penganugerahan ini menjadi bukti bahawa kecemerlangan bukan hanya diukur melalui kejayaan akademik semata-mata, tetapi juga melalui nilai murni, kepimpinan serta keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan sebagai pelajar.
🌠 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar Asasi Sains & Perubatan UniSZA untuk terus melangkah maju dengan semangat juang, jati diri unggul dan kecemerlangan berterusan.