Kunjungan Hormat ke Pejabat Pengerusi MARA
Kuala Lumpur | Mei 2025
Satu kunjungan hormat telah diadakan ke pejabat YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA oleh delegasi gabungan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA, Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA) serta Kluster Penyelidikan Law and Business, UniSZA.
PUSPA telah diwakili oleh Pengarah, Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa bersama Timbalan Pengarah, Dr. Siti Maisarah binti Aziz.
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan strategik antara UniSZA dan MARA dalam pelbagai inisiatif pembangunan pelajar, pendidikan Bumiputera serta kerjasama penyelidikan. Antara intipati perbincangan termasuklah cadangan penubuhan Dana Endowmen MARA bagi menyokong pelajar B40 program asasi di PUSPA, sebagai langkah memperkasakan akses pendidikan tinggi dan kesejahteraan pelajar.
UniSZA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki atas kesudian menerima kunjungan ini serta perbincangan yang penuh bermakna dan inspirasi. Diharapkan kerjasama ini akan terus memberi manfaat besar dalam memartabatkan pendidikan negara, khususnya dalam melahirkan generasi Bumiputera yang berdaya saing dan unggul.