Kejayaan Minggu Penyelidikan & Inovasi (MPI2025)



Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA), dengan penuh rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para pensyarah hebat yang telah mengharumkan nama PUSPA melalui pencapaian cemerlang dalam Minggu Penyelidikan & Inovasi (MPI2025). Daripada 10 penyertaan yang dihantar oleh PUSPA, 9 berjaya membawa pulang pingat, manakala 1 lagi penyertaan turut mendapat pengiktirafan penyertaan. Ini adalah bukti komitmen, inovasi dan dedikasi tinggi para pensyarah dalam memperkasakan bidang akademik dan penyelidikan.

Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa Bt Syed Saadun Tarek Wafa – 1 Emas
Dr. Siti Maisarah Binti Aziz – 2 Emas
Dr. Nurulhuda Binti Mohammad Yusoff – 1 Emas
Dr. Siti Norziahidayu Amzee Binti Zamri – 1 Emas

ChM. Dr. Salmiah Jamal Binti Mat Rosid – 1 Perak
Dr. Siti Noor Syuhada Binti Mohd @ Muhammad Amin – 1 Perak
Jazurainifariza Binti Jaafar – 1 Perak

Dr. Siti Norziahidayu Amzee Binti Zamri – 1 Gangsa
