
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi Akademik 2020/2021
Majlis anugerah kecemerlangan pelajar Program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA sesi aakdemik 2020/2021 telah diadakan pada 29 Julai 2021. Ia diadakan secara dalam talian menggunakan platform Cisco Webex Meeting dan telah dihadiri semua pelajar dan staf Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA) UniSZA. Penganjuran majlis ini adalah untuk kali kedua dimana penganjuran kali pertama telah diadakan pada tahun lepas untuk pelajar PUSPA sesi Akademik 2019/2020.
Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengikhtirafan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelbagai aspek iaitu bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum sepanjang pengajian mereka di PUSPA. Ia juga diharapkan dapat menyuntik semangat pada semua pelajar agar sentiasa berusaha walaupun dalam keadaan yang mencabar sepertimana penularan pandemik Covid-19.
Dalam majlis ini, seramai enam belas orang pelajar telah menerima anugerah iaitu lapan orang mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Subjek bagi Katogeri Anugerah Akademik dan seramai lapan orang lagi mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulum. Pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Terbaik Subjek adalah sepertimana berikut:
Bil |
Anugerah Pelajar Terbaik Subjek |
Nama Pelajar |
1. |
Biologi |
Muhammad Khairul Naim bin Rosland |
2. |
Kimia |
Sharifah Jamilah binti Syed Abu Bakar Thukofi |
3. |
Matematik |
Farid Imran bin Ismail |
4. |
Fizik |
Ahmad Muiz bin Mohamed Ridhwan |
5. |
Teknologi Maklumat |
Muhamad Zamir Azrulsyah bin Mohd Zamri |
6. |
Foundation English |
Nur Syazwina Huda binti Rosli |
7. |
Pengenalan Fiqh Ibadah |
Izzah Mardhiah binti Redzuan |
8. |
Pengenalan Aqidah dan Akhlak |
Muhammad Isyraq Shafiq bin Abdul Rahim |
Manakala pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Terbaik Korikulum pula adalah sepertimana berikut:
Bil |
Anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulum |
Nama Pelajar |
1. |
Anugerah Tokoh Pelajar |
Farid Imran bin Ismail |
2. |
Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Siswa |
Farid Imran bin Ismail |
3. |
Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Siswi |
Nur Atiqah binti Rosely |
4. |
Anugerah Sahsiah |
Muhammad Hariz Akmal bin Mohd Asri |
5. |
Anugerah Sukan |
Ahmad Amirul Haziq bin Mohd Rosli |
6. |
Anugerah Kepimpinan (Siswa) |
Muhammad Waie bin Ahmad Nazori |
7. |
Anugerah Kepimpinan (Siswi) |
Siti Umayrah binti Mohamad Adam |
8. |
Anugerah Kokurikulum |
Muhammad Khairul Naim bin Rosland |
Pengarah PUSPA, Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa dalam ucapan aluannya mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan tidak lupa kepada yang tidak berjaya agar teruskan usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang. Beliau turut menyatakan hasratnya agar semua pelajar PUSPA mengekalkan momentum kecemerlangan mereka hingga ke peringkat ijazah dan seterusnya.
Penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA) sesi 2020/2021 ini dilihat sebagai satu medium yang amat baik dalam mencetus transformasi terhadap potensi diri pelajar. Ia juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar supaya terus cemerlang pada masa akan datang.