
193 Pelajar Baharu Asasi Daftar Masuk ke UniSZA bagi Sesi Akademik 2025/2026
Kuala Nerus | Mei 2025
Seramai 193 pelajar baharu peringkat Asasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya mendaftar masuk bagi Sesi Akademik 2025/2026. Pendaftaran ini melibatkan pelajar Asasi Perubatan dan Sains Kesihatan serta Asasi Sains Sosial.
Proses pendaftaran yang diadakan secara bersemuka berlangsung dengan lancar hasil kerjasama staf UniSZA serta fasilitator dalam kalangan pelajar yang turut membantu menguruskan perjalanan pendaftaran.
Turut hadir, pengurusan tertinggi UniSZA yang meluangkan masa beramah mesra bersama ibu bapa serta pelajar di perkarangan kolej kediaman, sekaligus memberi suntikan semangat kepada pelajar baharu untuk memulakan kehidupan kampus mereka.
Tahniah dan selamat datang ke UniSZA kepada semua pelajar baharu. Semoga kehadiran anda menjadi langkah awal menuju kecemerlangan ilmu, sahsiah dan kepimpinan sebagai warga UniSZA yang unggul.