Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

LAWATAN KERJA DELEGASI PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Pada 6 September 2023, Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah menerima kunjungan dari Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS. Lawatan kerja ini diwakili oleh 6 orang pegawai dari UMS yang diketuai oleh Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi UMS, ChM. Dr. Newati Wid. Selain itu, turut menyertai lawatan ini adalah Timbalan Pengarah (Akademik), Dr. mohd Azrul bin Abd Rajak, Timbalan Pengarah (HEP & Penyelidikan), Dr. Makdi Masnoddin, Penyelaras Kursus Fizik, Dr. Muhammad Nur Rashidi bin Rosli, Penyelaras Kursus Matematik, Dr. Che Haziqah binti Che Hussin dan Penolong Pegawai Tadbir, Encik Nelson bin Yugas.

Lawatan ini adalah bertujuan membentuk satu hubungan kerjasama yang positif di antara Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA dan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi UMS. Hubungan kerjasama ini adalah sebagai penanda aras dalam menambahbaik perlaksanaan urusan pengurusan, pentadbiran dan teknikal.

Delegasi ini juga melawat fasiliti-fasiliti yang terdapat di PUSPA seperti bilik tutorial, bilik pensyarah, bilik mesyuarat dan stor buku wakaf. Selain itu juga, pegawai-pegawai UMS turut melawat fasiliti lain yang disediakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) seperti kandang kuda. Mereka diberi penerangan oleh jurulatih ko-kurikulum berkuda mengenai cara penjagaan kuda dan tips-tips untuk menunggang kuda.

Pada sebelah petang pula, delegasi ini dibawa untuk melawat Unit Farmasi Hospital Pengajar UniSZA. Sehubungan itu, tujuan lawatan ini juga adalah sebagai perkongsian maklumat mengenai pembangunan dan kemudahan yang disediakan di Hospital Pengajar UniSZA. Antaranya ialah berkongsi maklumat berkenaan kemudahan kesihatan yang disediakan. Hospital Pengajar UniSZA dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan kemudahan terkini serta berteknologi tinggi. Ia memberi kemudahan kepada kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin serta masyarakat setempat untuk menerima rawatan kesihatan.

Hasil daripada lawatan kerja ini, diharapkan sedikit sebanyak dapat menimba pengalaman serta memberi gambaran idea yang boleh dilaksanakan dalam pembangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi UMS. Disamping itu juga, ianya dapat meneruskan usaha untuk berkongsi “best practice” yang diamalkan dalam rutin kerja disamping mempelajari proses-p roses, sistem, aliran kerja dan prosedur untuk merangsang amalan kerja yang berkesan.

375835752 635809958537284 1508113520615965574 n375819746 635809968537283 598157436816409356 n

 

 

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

158935