Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

KEM EKSPLORASI STEM

Seramai 48 orang peserta luar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan empat telah menyertai Kem Eksplorasi STEM di Kem Merang . Program ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 Ogos 2023. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah STEM Kesihatan, STEM Sains & Kreativiti, STEM Robotik, STEM Al-Quran, Stargazing dan Senamrobik.

Menerusi aktiviti-aktiviti tersebut, peserta berpeluang menimba ilmu pengetahuan tentang pendidikan STEM. Dalam pada itu, Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, UniSZA, Prof. Madya Ts. Dr. Roslan Umar turut hadir ketika melihat anak bulan. Pihak PUSPA amat yakin program sebegini berpotensi tinggi dalam meningkatkan keyakinan dan semangat dalam bidang STEM. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama daripada pihak @Eseri_unisza@psktofficial , @jazro.kterengganu dan En. Marzuki (Coach Senamrobik)

 

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

153886