BENGKEL JATI DIRI, PENGUKUHAN ROHANI DAN JASMANI

Seramai 151 pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA telah menyertai Bengkel Jati Diri, Pengukuhan Rohani dan Jasmani diadakan empat hari berturut-turut iaitu pada 1-4 Sept 2023 di Kem Survival Merang . Kata-kata motivasi yang sangat menarik oleh para penceramah jemputan terdiri dari Ustaz Sofwat bin Osman dan fasilator, En. Nik Muzzafar. Para pelajar PUSPA kelihatan begitu bersemangat dan mula akrab bersama rakan-rakan yang lain. Pada akhir bengkel ini, perasmian majlis disempurnakan oleh Prof Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa selaku Pengarah PUSPA. Pelajar juga begitu teruja dan sangat aktif menjawab soalan serta mengutarakan pandangan sepanjang bengkel ini berlangsung. Terima kasih kepada semua warga PUSPA dan urusetia yang bertungkus lumus memastikan bengkel ini berjalan lancar. Semoga usaha kita diberkati Allah. Amin

 

WhatsApp Image 2023 09 02 at 9.22.42 AMWhatsApp Image 2023 09 02 at 9.22.42 AM8906FB6B 2E0A 47B4 93D6 B53A9E152479WhatsApp Image 2023 09 01 at 5.06.15 PM 2