PROGRAM KOMUNITI STEM KESIHATAN
Program ini merupakan julung kali dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan (FSAZA) dengan kerjasama Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA). Program ini melibatkan pelajar dari sekolah angkat iaitu Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh dan Sekolah Kebangsaan Duyong dengan mentor pelajar Program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA sesi akademik 2022/2023. Program ini bertujuan untuk melahirkan insan yang mampu untuk menyampaikan ilmu-ilmu yang berkualiti kepada pelajar lain. Hal ini bukan sahaja dapat menarik minat pelajar sekolah rendah terhadap STEM, malah dapat memupuk semangat mempelajari sains.
Program ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 9-10 Disember 2022. Penyertaan ini terdiri daripada 134 orang pelajar PUSPA yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 mempunyai seramai 67 orang pelajar PUSPA di Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh dan Kumpulan 2 mempunyai seramai 67 orang pelajar PUSPA di Sekolah Kebangsaan Duyong yang bertempatkan di Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh dan Sekolah Kebangsaan Duyong . Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Modul Sanitizer, Modul Jantung DIY dan Modul Magnet.
Objektif utama adalah untuk melahirkan pelajar asasi yang mempunyai keyakinan dan keberanian untuk menyampaikan ilmu dalam membantu pelajar Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh dan Sekolah Kebangsaan Duyong serta dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang bijaksana dan berhemah tinggi.
Pelaksanaan program ini juga berhasrat memenuhi sebahagian daripada keperluan Pelan Strategik UniSZA melalui Community Heroes strategy yang menyediakan sistem sokongan yang berkesan dengan mengadakan flagship program pembangunan pelajar dan salah satu pelaksanaan amalan pendidikan berimpak tinggi, iaitu pendidikan berasaskan komuniti (community based learning).
Sambutan yang diterima daripada pelajar amat menggalakkan dan reaksi yang diberikan adalah positif. PUSPA akan terus bekerjasama dengan sekolah angkat bagi menganjurkan program seumpama ini pada masa akan datang.