Majlis Penyampaian Sumbangan Komputer Riba Wakaf

Majlis Penyerahan komputer riba wakaf kepada pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) pada Semester 1 sesi 2022/2023.


Pemberian komputer riba ini adalah daripada sumbangan orang ramai menerusi wakaf UniSZA. Sumbangan ini disampaikan oleh YBhg Prof Madya Dato' Ts Dr Mohd Hafiz Yusoff, Timbalan Naib Canselor HEPA . Majlis juga dihadiri Pengarah Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA, Prof Madya Dr Sharifah Wajihah Wafa Syed Saadun Tarek Wafa dan Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA, Prof Madya Dr Engku Muhammad Tajuddin bin Engku Ali.

Seperti yang dimaklumkan sebanyak tujuh (7) orang pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA telah terpilih untuk menerima sumbangan komputer riba. Objektif utama adalah untuk membantu keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berdepan dengan masalah ketiadaan komputer riba sepanjang sesi pembelajaran . Selain itu, ianya juga memberi peluang kepada orang ramai yang telah memberi sumbangan terhadap pembelian komputer riba bagi mendapatkan pahala berterusan selagi mana ia boleh digunakan. Semoga pelajar PUSPA dapat memanfaatkan pemberian komputer riba itu sebaik mungkin. 

WhatsApp Image 2022 08 07 at 11.57.53 AMWhatsApp Image 2022 08 07 at 3.00.48 PM

 

 

 

 

 

 

 

 

WhatsApp Image 2022 08 07 at 11.57.53 AMWhatsApp Image 2022 08 07 at 11.57.53 AM 1