Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Bengkel Pentaksiran Kertas Soalan

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) telah menganjurkan Bengkel Pentaksiran Kertas Soalan. Bengkel ini bertujuan menyelaraskan kaedah pentaksiran yang bertepatan dengan kehendak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Objektif utama bengkel ini adalah untuk melahirkan pensyarah yang dapat menguasai ilmu pengetahuan dan kefahaman dalam profesion. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk melahirkan pensyarah yang mempunyai kemahiran dalam menilai, mengurus pengajaran dan pembelajaran, akauntabiliti serta bertanggungjawab terhadap peranan mereka sebagai pentaksir yang adil.

Bengkel Pentaksiran Kertas Soalan ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 16-17 Mei 2022 di Dewan Seminar CenTTM. Seramai 12 orang pensyarah PUSPA berserta 48 orang pensyarah daripada fakulti lain telah mengikuti bengkel tersebut.  Bengkel ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr Asri bin Selamat dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Penganjuran bengkel ini telah dapat memberikan pendedahan kepada para pensyarah tentang teknik pembinaan soalan yang betul mengikut aras kesukaran yang telah digariskan dalam silibus setiap kursus. Terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr Asri bin Selamat, kerana sudi memberi dan berkongsi ilmu serta kepakaran beliau. Semoga input yang diperolehi memberi manfaat yang besar kepada warga UniSZA.   

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

150750