Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pre-University Malaysia Innovation Competition 2022 (PIITRAM 2022)

Pertandingan Inovasi Inter-Asasi 2022 (PIITRAM 2022) merupakan pertandingan tahunan di bawah Majlis Dekan / Pengarah Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi. PIITRAM 2022 diadakan selama tiga hari yang merangkumi kreativiti pelajar prauniversiti, ahli akademik dan pentadbir dalam menyediakan penyelesaian yang inovatif dan praktikal untuk pengajaran, pembelajaran dan halangan berkaitan pentadbiran di peringkat prauniversiti.PIITRAM 2022 telah dianjurkan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) secara dalam talian pada 2-4 Mac 2022. Perasmian pembukaan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Husaini bin Omar. Manakala perasmian penutup pula diadakan pada 8 Mac 2022 dan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.PIITRAM 2022 merupakan satu platform inovasi yang terbaik dalam mengembangkan dan mengetengahkan bakat pelajar asasi dan matrikulasi dalam bidang inovasi dan reka cipta berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan matematik (STEM). Penyertaan dalam PIITRAM 2022 ini bukan sahaja memberi galakan kepada pelajar, malah turut juga menarik warga akademik dan pengurusan untuk berkarya dalam menghasilkan inovasi berteraskan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan pengurusan bagi meningkatkan kualiti PdP dan pengurusan warga akademik pusat asasi universiti awam.

Sebanyak empat (4) kategori dipertandingkan iaitu Kategori Sains dan Teknologi, Sains Sosial, Akademik dan Pentadbiran. Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah menghantar sebanyak 26 penyertaan mengikut kategori seperti di dalam Jadual 2.

Jadual 1 Kategori yang dipertandingkan

Bil

Kategori

Peserta

Jumlah Penyertaan

1.

Kategori A

Pelajar (Sains dan Teknologi)

118

2.

Kategori B

Pelajar (Sains Sosial)

26

3.

Kategori C

Akademik

118

4.

Kategori D

Pentadbiran

26

 

Jadual 2 Kategori yang disertai oleh PUSPA

Bil

Kategori

Peserta

Jumlah Penyertaan

1.

Kategori A

Pelajar (Sains dan Teknologi)

14

2.

Kategori C

Akademik

9

3.

Kategori D

Pentadbiran

3

            Sesi pengumuman pemenang diadakan secara dalam talian pada 8 Mac 2022. Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah memenangi Anugerah Inovasi Terbaik bagi Kategori Pelajar: Sains dan Teknologi, tempat kedua bagi Anugerah Penyertaan Terbanyak dan tempat ketiga bagi Anugerah Poster Terbaik Kategori Akademik. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua peserta.

.

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

150760