Program 3T (Teens Tuition Teens) Komuniti Miskin Bandar siri II
17 Oktober 2021 – Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA), dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA), Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP), Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PAKAT) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Program 3T (Teens Tuition Teens) Komuniti Miskin Bandar siri II. Program ni akan diadakan selama 10 minggu dan dijangka akan tamat pada 21 Disember 2021. Ia merupakan kesinambungan kepada Program 3T Komuniti Miskin Bandar yang telah diadakan pada 2 November 2020 hingga 28 Januari 2021. Disebabkan penularan Wabak Covid-19, pelaksanaan Program 3T Komuniti Miskin Bandar siri II ini telah diadakan secara dalam talian menggunakan applikasi Google Meets. Penganjuran Program ini juga telah dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Bank Rakyat
Objektif program ini adalah untuk meringankan beban keluarga untuk menghantar anak-anak mengikuti kelas tuisyen. Ia juga dapat memberi khidmat bimbingan kaunseling dan akademik secara percuma kepada komuniti miskin bandar terutama kepada pelajar tingkatan 5. Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat dan motivasi pelajar seterusnya meningkatkan prestasi dan pencapaian akademik para peserta. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melatih fasilitator dalam penyampaian ilmu berbentuk teori dan praktikal kepada pelajar peringkat sekolah menengah atas teras khidmat komuniti dan meningkatkan keterlihatan UniSZA dan Yayasan Bank Rakyat sebagai Hero Komuniti.
Program 3T Komuniti Miskin Bandar siri II merupakan satu program komuniti yang menyasarkan pelajar tingkatan 5 (lima) daripada golongan miskin bandar. Dalam program ini, seramai 105 orang pelajar daripada keluarga B40 telah dipilih untuk menyertai kelas tuisyen percuma dan dikendalikan oleh 16 orang fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa PUSPA, FPP, FIK dan FBK. Para fasilitor akan dipantau dan dibimbing oleh 8 orang penyelaras subjek yang terdiri dari pensyarah PUSPA, FIK, FBK & FPP.
Peserta program daripada 4 buah sekolah yang telah terpilih iaitu:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman
- Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Negara
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Tembesu
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan
Program ini melibatkan 8 matapelajaran iaitu:
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Matematik Tambahan
- Matematik Moden
- Prinsip Akaun
- Teknologi Maklumat
- Bahasa Inggeris