LATAR BELAKANG DAN OBJEKTIF PENUBUHAN

icon 1Latar Belakang

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah diluluskan penubuhannya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Bil. 5/2014 bertarikh 26 Ogos 2014.

 

icon 2Objektif Penubuhan

Mewujudkan pusat yang menawarkan kursus persediaan berstatus pra universiti kepada pelajar BUMIPUTERA lepasan SPM yang berkelayakan/memenuhi syarat untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan, sains dan teknologi di UniSZA;

Mewujudkan saluran utama untuk pengambilan pelajar dengan pencapaian cemerlang dalam SPM daripada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah di bawah pengurusan Kerajaan Negeri untuk mendapat peluang luas melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang perubatan, sains dan teknologi di UniSZA;

Mencapai kelestarian pendidikan di bawah dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi  (PPPM PT) 2015-2025; dan

Menjalinkan kerjasama yang erat antara universiti, kerajaan negeri dan komuniti setempat dalam pembangunan pendidikan di Terengganu.