Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Southeast Asia Olympiad Championship & Cultural Heritage Workshop 2026 Himpunkan 370 Peserta dari Tiga Negara

KUALA NERUS, 20 Ogos 2026 – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi lokasi penganjuran Southeast Asia Olympiad Championship & Cultural Heritage Workshop 2026 yang berlangsung pada 19 hingga 20 Ogos 2026 bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Program peringkat Asia Tenggara ini menghimpunkan seramai 370 peserta sekolah dari Malaysia, Indonesia dan Thailand, sekali gus menyediakan ruang kepada generasi muda untuk menguji kebolehan, berkongsi pengalaman serta membina hubungan merentas negara.

Sepanjang program berlangsung, para peserta mengambil bahagian dalam pelbagai kategori pertandingan meliputi Olimpiad Matematik, Olimpiad Bahasa Inggeris, English Speech, Arab Speech, Story Telling serta Hafazan Juzuk 1 hingga 5. Kepelbagaian kategori yang dipertandingkan memberi peluang kepada peserta menyerlahkan potensi dalam bidang akademik, komunikasi, bahasa dan pengajian Islam.

Selain menjadi medan persaingan akademik, penganjuran program ini turut membuka ruang interaksi dan pertukaran budaya antara peserta dari negara-negara Asia Tenggara. Penglibatan peserta daripada latar belakang yang berbeza dapat memupuk semangat saling menghormati serta meningkatkan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya serantau.

Penganjuran Southeast Asia Olympiad Championship & Cultural Heritage Workshop 2026 diharapkan dapat terus menjadi platform yang menyokong kecemerlangan akademik, pembangunan bakat serta pengukuhan hubungan dalam kalangan generasi muda di rantau Asia Tenggara.

“Ilmu menyatukan, budaya mengeratkan.”

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-8198311/8656

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

194695