Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Majlis Penutupan Eksplorasi Warisan Tradisional Semarakkan Kecintaan Terhadap Warisan Budaya

KUALA NERUS, 16 September 2026 – Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Majlis Penutupan Eksplorasi Warisan Tradisional bertempat di Dewan Kuliah Utama, UniSZA Kampus Gong Badak.

Majlis ini menjadi acara kemuncak kepada pelaksanaan Eksplorasi Warisan Tradisional yang melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti dan permainan tradisional. Penganjuran program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar mengenali warisan budaya dengan lebih dekat, malah turut memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap khazanah tradisional yang menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Malaysia.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa, sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan penglibatan semua pihak dalam menjayakan program tersebut.

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat terus menyemarakkan kecintaan generasi muda terhadap warisan budaya serta memastikan permainan tradisional terus dipelihara, dihargai dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-8198311/8656

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

194695