Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Lawatan Penanda Aras Model Integrasi Akademik dan al-Quran Program Asasi Sains Ulul Albab

KUALA NERUS, 5 Oktober 2026 – Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan Tan Sri Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh dalam Lawatan Penanda Aras Model Integrasi Akademik dan al-Quran bagi Program Asasi Sains Ulul Albab.

Lawatan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori, UniSZA Kampus Gong Badak itu memberi tumpuan kepada pendekatan integrasi akademik dan al-Quran yang diterapkan dalam Program Asasi Sains Ulul Albab, selaras dengan usaha UniSZA memperkukuh penerapan Tauhidic Epistemology dalam pembangunan kurikulum bersepadu.

Turut hadir ialah YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa); YBhg. Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni); YBhg. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi); YBhg. Dato’ Nara Setia Dato’ Zulkifli bin Ali, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM); serta En. Mohd Yusof bin Salleh, Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan), MAIDAM.

Diharapkan usaha memperkukuh integrasi ilmu akademik dan al-Quran ini dapat terus menyokong misi UniSZA dalam melahirkan generasi doktor huffaz yang holistik, berilmu dan cemerlang di dunia serta akhirat.

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-8198311/8656

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

194695