Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Program Sekolah Angkat: Terokai STEM Melalui UniSZA

Keperluan terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) wujud apabila negara memerlukan tenaga kerja mahir, berkualiti dan produktif dalam bidang tersebut. Walau bagaimanapun, statistik pada tahun 2020 menyatakan bahawa hanya 19 peratus daripada calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) memilih aliran sains apabila menjejakkan kaki ke Tingkatan Empat. Disebabkan itu, banyak kuota pengajian membabitkan STEM di universiti tidak dapat dipenuhi kerana kekurangan calon dari aliran terbabit.  Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah menganjurkan Program Sekolah Angkat: Terokai STEM Melalui UniSZA bersama Sekolah Menengah Kompleks Tembesu (KOMSTEM) sebagai salah satu inisiatif dalam menjayakan matlamat ini. Program ini diadakan pada 25 Mei 2022 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak. KOMSTEM merupakan sekolah angkat pertama PUSPA dan program ini merupakan program pertama antara PUSPA dengan sekolah angkat. Program ini juga merupakan salah satu program khidmat masyarakat khususnya pelajar sekolah terhadap kepentingan bidang STEM kepada pembangunan negara. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Empat dari KOMSTEM terpilih untuk menyertai program ini.  Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan menarik minat pelajar sekolah terhadap bidang STEM. Selain itu juga untuk mempromosikan Program Asasi Sains dan Perubatan dan program-program ijazah yang ditawarkan oleh UniSZA berkaitan bidang sains dan teknologi. Contohnya program ijazah di Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) dan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK). Justeru, dengan penganjuran program ini diharap dapat merapatkan hubungan dan kelangsungan kerjasama akademik antara universiti dan sekolah berkaitan. Disamping itu juga dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang menceburi bidang sains dan teknologi seiring dengan keperluan masa kini.

 Sebahagian pelajar Sekolah Menengah Kompleks Tembesu sedang membuat latihan dalam kumpulan (LDK).  Penyampaian hadiah cenderahati oleh Pengarah Program Sekolah Angkat, Dr. Nurul Najidah.

Sesi bergambar bersama Pengarah Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA) dan peserta program.

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

150867