Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pensyarah PUSPA Mempelopori Kajian Corak Tudung Saji.

Pensyarah Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA, (PUSPA) Dr. Siti Norziahidayu Amzee Zamri telah dianugerahkan Geran Sepadan bagi Projek Kerjasama Penyelidikan oleh Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan (CREIM) bagi yang bertajuk   Classification of the Triaxial Template Patterns of Tudung Saji Weaving into Some Finite Matrix Rings And Their Energy Graphs. Antara syarat geran padanan ini ialah projek penyelidikan mestilah melibatkan kerjasama di antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan sekurang-kurangnya tiga lagi entiti sama ada universiti awam, universiti swasta, industri atau agensi lain dari dalam atau luar negara. 

            Kajian ini melibatkan bidang Etnomatematik iaitu satu bidang pengajian yang mengaitkan matematik dan seni. Sebelum ini corak tenunan tudung saji telah dipersembahkan dalam corak templat triaksial iaitu tudung saji dianyam dengan menggunakan teknik khusus yang dipanggil anyaman triaksial, di mana untaian dianyam dari tiga arah. Pada tahun 2015, hubungan antara templat triaksial corak tenunan tudung saji dengan beberapa unsur terhingga teori kumpulan telah ditentukan. Namun, perkaitan antara corak ini dengan teori gelang tidak ditemui.  Sehubungan itu, penyelidikan ini bertujuan untuk mengklasifikasikan corak templat triaksial anyaman tudung saji sebagai gelang matriks, untuk membina graf gelang matriks bagi corak templat triaksial, untuk menentukan tenaga graf berdasarkan nilai eigen matriks bersebelahan gelang tersebut. Akhirnya algoritma Maple untuk pembinaan graf bagi gelang matriks akan dibangunkan.

Bagi melaksanakan kajian ini, UniSZA telah menandatangani Memorandum Perjanjian dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kajian ini diketuai oleh Dr. Siti Norziahidayu Amzee Zamri bersama tiga rakan penyelidik Dr. Muhammad Azrin Ahmad (UMP), Dr. Hazzirah Izzati Mat Hussain (UTM) dan Dr. Norarida Abd Rhani (UiTM) dengan peruntukan keseluruhan projek penyelidikan sebanyak RM84,000.00 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Empat Ribu Ringgit Sahaja).  Tempoh geran adalah bermula pada 1 April 2021 sehingga 31 Mac 2023. 

 

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

150872