Wacana Harmoni Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah mengadakan program wacana harmoni yang bertujuan untuk melahirkan staf yang mampu mengenal pasti, mempelajari dan melaksanakan amalan-amalan terbaik dalam fasa endemik ini.
Lawatan ini telah diadakan selama tiga hari dua malam pada 24 - 26 Mac 2022 bertempat di Agrofarmstay Resort, Melaka. Lawatan ini telah disertai oleh 16 orang peserta iaitu terdiri daripada staf PUSPA dan seorang fasilitator .
Antara objektif bengkel ini adalah untuk mengekalkan dan mengeratkan hubungan yang lebih kukuh dan kesepaduan dalam kalangan staf PUSPA. Selain itu,wacana harmoni ini dapat menilai prestasi PTj pada tahun 2021 dan seterusnya merancang program untuk tahun 2022. Bengkel ini juga membantu staf PUSPA untuk menilai dan meningkatkan peluang, kekuatan dan mengurangkan ancaman dan kelemahan PUSPA agar lebih cemerlang dalam satu pasukan. Aktiviti ini memberi impak yang besar kepada staf dari segi mampu memberi komitmen yang tinggi dan motivasi staf dalam mewujudkan suasana kerja secara harmoni dan positif.
Pengarah Puspa, Prof. Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek dalam ucapan perasmian mengucapkan jutaan terima kasih kepada staf PUSPA kerana menghadiri bengkel tersebut.
Penceramah yang dijemput untuk mengendalikan bengkel ini ialah Professor datuk Ir. Dr. Mohd. Jailani bin Mohd Nor, UTEM merangkap penerbit buku Wealth Creation From Commercialisation Of R&D Products turut memberi motivasi dan berkongsi tentang penjagaan 4 perkara yang penting dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang manusia iaitu jasad, emosi, jiwa dan rohani. Para peserta amat berpuas hati kerana banyak maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada penceramah. Pihak peserta turut berharap pada masa akan datang wacana harmoni Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA dapat diadakan lagi.