Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Malaysia Technology Expo 2022

Malaysia Technology Expo (MTE) 2022 merupakan acara terbesar di rantau ini yang menampilkan ekspo inovasi dan program penganugerahan yang juga memberi penghormatan kepada inovator dalam teknologi yang membawa transformasi kepada industri, perkhidmatan awam dan menyumbang kepada kelestarian. Acara itu menarik lebih 8,014 pelawat tempatan dan antarabangsa. MTE 2022 ke-21 ini telah berlangsung dengan jayanya selama lima hari bermula pada 21 -25 Mac.

Peserta daripada Pusat Asasi Sains dan perubatan (PUSPA), UniSZA telah memenangi 3 anugerah dalam 3 kategori dengan merangkul Emas dalam Teknologi Pendidikan dan Pedagogi dengan Permainan Periodic Table, diikuti dengan Perak dalam kategori Healthcare, Personal Care Technology, Biotechnology dan life sciences dengan Tri-Physiotherapy for Fingers dan Gangsa dalam kategori Inovasi Sosial & Pengurusan Usahawan dengan Smart Quito Lamp.

Pengarah PUSPA, Assoc. Prof. Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Saadun Tarek Wafa merakamkan ucapan terima kasih kepada peserta atas usaha, bakti dan kerja keras yang mana telah menyumbang idea dan mengharumkan nama PUSPA, UniSZA di peringkat antarabangsa.

 

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

150870