Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Majlis Khatam AL Quran dan Iftar Jamaie Pelajar Asasi Sains dan Perubatan UniSZA Sesi 21/22

Pada 21 April 2022 Persatuan pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan telah mengadakan majlis khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie secara bersemuka bertempat di Dewan Perdana, UniSZA.

Majlis khatam Al Quran ini bertujuan meraikan semua pelajar asasi yang berjaya menamatkan 30 juzuk Al Quran sepanjang tadarus Al Quran setiap pagi sebelum memulakan kelas akademik. Hal ini dapat mendekatkan pelajar Asasi Sains dan Perubatan dengan program kerohanian selain mengisi hati mereka dengan mengagungkan ayat-ayat suci Al Quran serta menggalakkan pelajar untuk menjadikan Al Quran sebagai pendamping hidup. Selain itu, iftar jamaie diadakan bagi meraikan bulan Ramadhan serta mengeratkan silaturrahim antara pelajar Asasi Sains dan Perubatan dan staf
Pusat Asasi Sains Dan Perubatan UniSZA (PUSPA). Majlis ini juga bertujuan untuk pengijazahan peserta Hubbul Al Quran yang telah berjaya menghafaz surah-surah pilihan serta penyampaian sijil dan
cenderamata kepada para peserta, naqib, naqibah, guru tasmik dan ahli jawatankuasa yang menyertai dan terlibat dalam program Hubbul Al Quran PUSPA yang telah dijalankan bermula Oktober 2021 hingga April 2022.

Majlis tersebut turut diadakan serentak dengan pengijazahan Hubbul Quran kepada peserta-peserta terlibat yang berjaya menghabiskan hafalan ketujuh-tujuh surah pilihan .

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

150707