Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

PUSPA Innovation Competition 2020

Program PUSPA Innovation competition 2020 merupakan salah satu daripada usaha Pengarah Pusat Asasi Sains dan Perubatan untuk menyediakan platform bagi mencungkil bakat mahasiswa dan mahasiswi PUSPA dalam bidang inovasi. Justeru itu, program ini juga memberi impak besar kepada mahasiswa dan mahasiswi PUSPA secara holistik.

Tuntutan bagi menyediakan pendidikan yang berkualiti merupakan satu gerakan sejagat yang dilaksanakan oleh kebanyakan universiti di Malaysia. Oleh itu, Dr. Nurul Najidah Binti Mohamed, selaku pengarah program, telah mengambil inisiatif mengadakan program ini bagi memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mencungkil bakat terpendam mereka. Walaupun berada dalam pandemik COVID-19, tidak menjadi penghalang untuk melaksanakan program ini, malah menjadi satu titik langkah untuk pihak penganjur lebih kreatif dalam menganjurkan program. Salah satu inisiatif yang diambil ialah program PUSPA Innovation Competition 2020 ini dijalankan secara atas talian. Hal ini juga bagi mengekang penularan wabak serta memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Selain itu, sebanyak 23 kumpulan telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh 2 orang pensyarah bagi membantu dan membimbing mereka untuk menyiapkan projek yang telah dipilih. Dalam program inovasi ini, disediakan dua tema yang berlainan, iaitu pendidikan dan yang kedua ialah tema sains dan teknologi. Setiap kumpulan perlu memilih salah satu tema, membuat poster menarik serta membentangkan projek mereka secara atas talian. Penilaian akan dilakukan oleh beberapa orang juri jemputan. Antaranya ialah Prof. TS. Dr. Azizah binti Endut (FRIT), Prof. Madya Dr. Engku Fadzli Hasan bin Syed Abdullah (SPaQM), Prof. Madya TS. Dr. Roslan bin Umar (ESERI), TS. Dr. Ismahafezi bin Ismail (FIK), Dr. Wan Khairul Aiman bin Wan Mokhtar (CREIM) dan Dr. Nor Mazlina binti Abu Bakar (FPP). Hasil penjurian, kumpulan yang berjaya memenangi pertandingan ini ialah kumpulan GH4SM dengan tajuk projek forklift, kumpulan VIRAG dengan tajuk projek flower preservation dan kumpulan SHERLOCK OHMS dengan tajuk projek electrico. Para pemenang diberikan pingat dan sijil serta didaftarkan untuk menyertai pertandingan inovasi peringkat interasasi.

Sementara itu, Pengarah Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA, Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa berkata penyertaan dalam inovasi perlu ditingkatkan demi merancakkan penyelidikan dan penciptaan produk pendidikan bagi melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang kreatif dan inovatif. Tambahan lagi, beliau juga bercadang untuk meneruskan program ini pada tahun tahun akan datang setelah melihat impak yang positif hasil daripada penganjuran program PUSPA Innovation Competition 2020 ini.

24

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

150818