Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Majlis Perasmian Program 3T (Teens Tuition Teens) Komuniti Miskin Bandar

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA), dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA), Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP), Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PAKAT) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Program 3T (Teens Tuition Teens) Komuniti Miskin Bandar. Ia merupakan satu program komuniti yang menyasarkan pelajar tingkatan 5 (lima) daripada golongan miskin bandar. Dalam program ini, seramai 97 orang pelajar daripada keluarga B40 telah dipilih untuk menyertai kelas tuisyen percuma. Program ini diabiayai sepenuhnya oleh Yayasan Bank Rakyat.

Majlis Perasmian Program 3T (Teens Tuition Teens) Komuniti Miskin Bandar telah  diadakan pada 22 Oktober 2021 secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Cisco Webex Meetings. Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Prof. Dr. Fadzli bin Adam selaku Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (Menjalankan Fungsi Naib Canselor UniSZA). Turut berucap dalam majlis itu ialah Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa, Pengarah Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA merangkap Pengarah Program 3T Komuniti Miskin Bandar dan Tuan Syed Mohamad Akmal bin Syed Ager, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat

Prof. Dr. Fadzli bin Adam, dalam ucapan perasmian menyatakan sokongan penuh pelaksanaan program ini iaitu bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan Pelan Strategik UniSZA melalui Community Heroes strategy yang menyediakan sistem sokongan yang berkesan dengan mengadakan flagship program pembangunan pelajar dan salah satu pelaksanaan amalan pendidikan berimpak tinggi, iaitu pendidikan berasaskan komuniti (community based learning).

Secara peribadi, beliau mempunyai satu kepercayaan yang besar bahawa program ini akan terus berkembang dan berharap pelaksanaannya semakin mantap pada masa hadapan demi membantu pelajar daripada golongan yang kurang berkemampuan untuk menghadiri kelas tuisyen berbayar. Pelaksanaan program ini merupakan satu usaha yang sangat murni untuk diteruskan, disamping melatih para fasilitator daripada pelajar UniSZA sendiri untuk menyumbang bakti kepada masyarakat.

Dalam majlis ini, turut diadakan sesi motivasi untuk para peserta. Sesi motivasi diadakan selama 2 jam dan disampaikan oleh pakat motivasi yang dijemput (Encik Muhammad Syafiq bin Mohd Sakri)

Majlis perasmian ini turut dihadiri pihak Yayasan Bank Rakyat, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Dun Ladang, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pengetua Sekolah, Naib Canselor UniSZA, Dekan dan Timbalan Dekan FIK, FPP, FBK, kakitangan dan pelajar UniSZA serta para pelajar yang menyertai program 3T.

20

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

150753