Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Jamuan Perpisahan Staf PUSPA 2020

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Jamuan Perpisahan Staf PUSPA 2020 diadakan dengan tujuan memberi galakan kepada semua staf Akademik PUSPA untuk menyertai pertandingan inovasi dan penerbitan artikel ilmiah dalam jurnal-jurnal berindeks dan berimpak tinggi serta galakan kepada staf pentadbiran untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Sehubungan itu, pada 31 Disember 2020 bertempat di Quinara As-Safir Resort, Kuala Nerus, Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah mengadakan majlis anugerah kecemerlangan beserta jamuan perpisahan untuk pensyarah pinjaman dari Fakulti Farmasi dan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan.

Dalam majlis ini, sebanyak lima anugerah kecemerlangan telah disampaikan oleh Pengarah PUSPA, YBrs. Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa kepada staf yang berjaya. Anugerah-anugerah tersebut adalah sepertimana berikut:

Bil Anugerah
  Anugerah Penghargaan Inovasi e-Pembelajaran
  Anugerah Penghargaan Inovasi Penyelidikan
  Anugerah Penghargaan Penerbitan Jurnal Berindeks (WOS) – Scopus, ISI
  Anugerah Penghargaan Inovasi e-Pembelajaran
  Anugerah Penghargaan Staf Pentadbiran Terbaik

Kepada pensyarah yang dipinjamkan, Pihak PUSPA mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti selama menjadi sebahagian dari keluarga PUSPA iaitu :

  • YBrs. ChM. Dr. Norsyafikah Asyilla binti Nordin (Fakulti Farmasi)
  • Puan Asma Hazliza binti Zulkifly (Fakulti Biosumber dan Industri Makanan)
  • Puan Afnani binti Alwi @ Ali (Fakulti Biosumber dan Industri Makanan)

Pengarah PUSPA mengucapkan tahniah kepada semua staf yang berjaya dan tidak lupa kepada yang tidak berjaya agar teruskan usaha untuk meningkatkan kecemerlangan dimasa akan datang.

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

151310