Minggu Mesra Mahasiswa 2020
Buat julung-julung kalinya,minggu mesra mahasiswa (MMS) dijalankan secara dalam talian bagi mematuhi SOP Kawalan Pergerakan yang dijalankan di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Program MMS Sesi 2020/2021 ini dijalankan selama 3 hari iaitu dari 27 hingga 29 Julai 2020. Pihak pengurusan telah menyusun beberapa aktiviti seperti ceramah motivasi, taklimat bersama pengarah PUSPA dan pelbagai aktiviti program yang menarik sepanjang minggu mesra mahasiswa dijalankan secara dalam talian.