Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertandingan PUSPA Got Talent

Pertandingan Puspa Got Talent yang berlangsung dari 15-24 September diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat para pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan. Para peserta telah menghantar pautan video dari Google Drive untuk dinilai oleh para juri yang terdiri daripada pensyarah PUSPA sendiri. Seramai 14 peserta telah bertanding dan 3 orang pemenang serta 5 orang saguhati telah dipilih berdasarkan markah penjurian yang adil. Pemenang tempat pertama, saudari Aqilah Zakirah telah mempersembahkan kemahirannya dalam bermain piano. Persembahan tersebut telah menambat hati para juri yang terdiri daripada para pensyarah PUSPA sendiri. Pemenang tempat kedua, Nor Farah Athirah binti Abd Aziz telah menonjolkan bakatnya dalam pembuatan pemanis mulut aiskrim. Manakala, saudari Nurul Syafiqah Binti Sabarudin yang berbakat dalam rawatan pertolongan cemas telah memenangi tempat ketiga dengan persembahannya dalam mengajar teknik dan cara memberikan pertolongan pertama kepada mangsa dalam waktu cemas. Bakat lain yang ditonjolkan oleh para peserta adalah bakat menyanyi, memasak, memainkan piano, membaca berita dalam bahasa asing, mengkoreograf gerakan senamrobik, taranum, bermain catur, bermain gitar, menyelesaikan kiub rubik dan mengedit video pendek.

Majlis penyampaian keputusan pemenang dan penyampaian anugerah telah dijalankan secara atas talian melalui platform Cisco Webex. Para pemenang telah membawa pulang hadiah lumayan berupa sejumlah wang tunai. Dengan pertandingan ini, dapatlah kita lihat bahawa pelajar PUSPA mempunyai masing-masing potensi dan bakat yang dimiliki yang ini nantinya sudah tentu dapat menjadi pemangkin serta nilai tambah untuk kejayaan mereka pada masa akan datang. Kesemua video pemenang dan peserta boleh ditonton di YouTube rasmi PUSPA iaitu PUSAT ASASI SAINS DAN PERUBATAN UNISZA - YouTube

Pusat Asasi Sains & Perubatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang!

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

150852