Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Perkongsian Belajar Semasa Pandemik Bersama Alumni

Pada 3 September 2021, Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) dengan Kerjasama Persatuan Pelajar Asasi Sains dan Perubatan UniSZA telah menganjurkan satu Sesi Perkongsian Teknik Belajar Semasa Pendemik Covid-19 Bersama Alumni PUSPA.

              Tujuan Program ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar asasi sesi akademik 2021/2022 yang baru sahaja melangkah masuk ke alam universiti dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan belajar semasa era pandemik Covid-19. Selain itu,program ini juga bertujuan memberi dorongan dan motivasi kepada para pelajar baharu supaya terus gigih berusaha dalam menuntut ilmu demi merealisasikan hasrat universiti iaitu melahirkan graduan yang cemerlang serta berdaya saing dalam kalangan masyarakat walaupun kini mendepani musibah pandemik.

              Sesi perkongsian ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform Cisco Webex Meeting. Seramai empat orang wakil alumni telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan teknik belajar yang mereka ginakan semasa pandemic Covid-19.

Jadual 1: Senarai nama alumni PUSPA yang dijemput

Bil

Nama

Pencapaian

1.

Muhammad Nabil Arif bin Mat Rifin

Tokoh Pelajar Sesi Akademik 2019/2020)

2.

Farid Imran bin Ismail

Tokoh Pelajar Sesi Akademik 2020/2021)

3.

Amylia Natasha binti Azizi

Pelajar Terbaik Keseluruhan Siswi Sesi Akademik 2019/2020)

4.

Nur Atiqah binti Rosely

Pelajar Terbaik Keseluruhan Siswi Sesi Akademik 2020/2021)

Keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan sambutan yang diterima daripada pelajar amat menggalakkan. Justeru itu Pihak PUSPA dan Persatuan Pelajar Asasi Sains dan Perubatan UniSZA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

150854