ICON UTAMA 1A

 

 

 

ICON UTAMA 3   ICON UTAMA 4   ICON UTAMA 5   ICON UTAMA 6   ICON UTAMA 7   ICON UTAMA 8   ICON UTAMA 9    

PUSPA Debate Competition 2021

Pada 6 Mac 2021, Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA) UniSZA telah mengadakan "PUSPA Debate Tournament 2021" yang menyaksikan perdebatan di antara empat pasukan debat Bahasa Melayu dan empat pasukan debat Bahasa Inggeris.

Semua pendebat menunjukkan kelincahan berbicara serta kemunculan idea-idea bernas sepanjang tiga sidang perdebatan. Johan debat Bahasa Melayu dirangkul oleh kumpulan pendebat yang terdiri daripada Akmal Sofian, Siti Umayrah dan Farzana manakala johan debat Bahasa Inggeris dirangkul oleh kumpulan yang terdiri daripada Qistina Amalia, Shahid Asyraf dan Haziq Yunus. 

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang serta semua pendebat yang telah menonjolkan bakat masing-masing sepanjang pertandingan ini. Dua pasukan debat akan mewakili PUSPA ke Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2021 secara atas talian pada 26-28 Mac ini. Semoga kejayaan mengiringi mereka insyaAllah.