ICON UTAMA 1A

 

 

 

ICON UTAMA 3   ICON UTAMA 4   ICON UTAMA 5   ICON UTAMA 6   ICON UTAMA 7   ICON UTAMA 8   ICON UTAMA 9    

Program Hubbul Quran (Cinta Al-Quran) Sesi 2020/2021

Program hubbul quran (cinta Al Quran) ini bermula pada bulan oktober dan berakhir pada bulan Jun. Program ini melibatkan 44 orang iaitu 19 lelaki dan 25 perempuan pelajar asasi sains dan perubatan serta 2 guru tasmi' dari fakulti kotemporari Islam (FKI). Program ini dijalankan seminggu sekali sahaja iaitu pada hari khamis malam jumaat bagi lelaki dan jumaat malam sabtu bagi perempuan. Setiap bulan diadakan 3 minggu hafazan dan 1 minggu mengulang atau tajwid secara berselang seli setiap bulan. Terdapat 7 surah pilihan dalam silibus program hubbul quran ini iaitu surah as sajdah, yasin, ad dukhan, ar rahman, al waqiah, al mulk dan al insan. Minggu hafazan, pelajar dikehendaki menghafal surah pilihan. Minggu mengulang, pelajar dikehendaki mengulang surah yang telah dihafal dan minggu tajwid, pelajar akan didedahkan dengan pelajaran tajwid tentang surah yang dihafal.