ICON UTAMA 1A

 

 

 

ICON UTAMA 3   ICON UTAMA 4   ICON UTAMA 5   ICON UTAMA 6   ICON UTAMA 7   ICON UTAMA 8   ICON UTAMA 9    

Taklimat Laluan Kerjaya Kepada Pelajar-Pelajar Program Asasi Sains dan Perubatan Sesi Akademik 2020/2021

Pada 19 Januari 2021, Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah mengadakan taklimat laluan kerjaya kepada pelajar-pelajar Program Asasi Sains dan Perubatan Sesi Akademik 2020/2021 secara dalam talian.

Taklimat ini terbahagi kepada beberapa sesi yang disampaikan oleh wakil dari enam fakulti jemputan iaitu Fakulti Farmasi, Fakulti Perubatan, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, Fakulti Informatik dan Komputeran, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Reka Bentuk dan Teknologi.

Pada setiap sesi taklimat yang disampaikan, para pelajar diterangkan dengan terperinci mengenai kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan kepada mereka di setiap fakulti yang terlibat. Para pelajar diberi pencerahan mengenai syarat-syarat keperluan kursus, kaedah pembelajaran serta laluan kerjaya untuk graduan kursus berkenaan. Kesemua sesi taklimat tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari semua pelajar PUSPA. Pihak PUSPA amat berterima kasih kepada semua wakil fakulti yang terlibat dalam menjayakan program ini.