ICON UTAMA 1A

 

 

 

ICON UTAMA 3   ICON UTAMA 4   ICON UTAMA 5   ICON UTAMA 6   ICON UTAMA 7   ICON UTAMA 8   ICON UTAMA 9    

Anugerah Kecemerlangan Pelajar PUSPA Sesi Akademik Sesi 2019/2020

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar secara dalam talian kepada pelajar Sesi Akademik Sesi 2019/2020, 31 Disember 2020. Anugerah ini diberikan kepada pelajar berdasarkan akademik dan kokurikulum. Bagi anugerah akademik, seramai lapan pelajar mendapat anugerah pelajar terbaik subjek iaitu:

Bil Anugerah Pelajar Terbaik Subjek Nama Pelajar
Fizik Sharifah Norshahirah binti Syed Abdullah
Kimia Muhammad Naqib bin Mohd Nasir
Biologi Hilmi Syafikah binti Mohd Hashrin
Matematik Adam bin Jose
Teknologi Maklumat Rasmiyati Arinah binti Roslan
Foundation English Afiq Syahmi bin Zuraidi
Fiqh Ibadah Muhammad Amirul Afiq bin Mohd Roselin
Pengenalan Akidah dan Akhlak Nur Zahirah binti Zuhairi

Manakala lapan orang pelajar lagi yang mendapat anugerah kokurikulum sebagaimana butiran berikut:

Bil Anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulum Nama Pelajar
Anugerah Tokoh Pelajar Muhammad Nabil Arif bin Mat Rifin
Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Siswa Adam bin Jose
Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Siswi Amylia Natsha binti Azizi
Anugerah Sahsiah Muhammad Fairuz bin Md. Jais
Anugerah Sukan Muhammad Nabil Arif bin Mat Rifin
Anugerah Kepimpinan (Siswa) Afiq Syahmi bin Zuraidi
Anugerah Kepimpinan (Siswi) Nooraisah binti Mohamad Sulaiman
Anugerah Kokurikulum Muhammad Azyzul bin Nazua

Pengarah PUSPA, Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan tidak lupa kepada yang tidak berjaya agar teruskan usaha untuk meningkatkan kecemerlangan dimasa akan datang.