ICON UTAMA 1A

 

 

 

ICON UTAMA 3   ICON UTAMA 4   ICON UTAMA 5   ICON UTAMA 6   ICON UTAMA 7   ICON UTAMA 8   ICON UTAMA 9    

Program 3T (Teens Tuition Teens) Komuniti Miskin Bandar Dun Ladang

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) dan Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA (MPP) dengan Kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah mengadakan program 3T (Teens Tuition Teens) Komuniti Miskin Bandar Dun Ladang.

Program secara percuma ini berfokus kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dearah Kuala Terengganu yang terdiri dari keluarga B40. Objektif pelaksanaan program adalah untuk memberi bimbingan akademik dan membantu meningkatkan semangat serta motivasi pelajar supaya mempunyai keterampilan akademik yang baik.

Seramai 40 orang pelajar daripada tiga buah sekolah iaitu SMK Panji Alam, SMK Seri Budiman dan SMK Padang Negara telah menyertai program yang diadakan pada 2 November 2020 - 28 Januari 2021 setiap Isnin dan Selasa bertempat di Fakulti Perubatan, UnisZA.

Program 3T ini dikendalikan oleh 20 orang fasilitator mahasiswa daripada Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) dan Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) yang mengajar subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Matematik Moden dan Prinsip Akaun. Keterlibatan fasilitator mahasiswa ini secara tidak langsung dapat melatih fasilitator dalam menyampaikan ilmu berbentuk teori dan praktikal kepada pelajar sekolah menengah atas teras khidmat komuniti disamping meningkatkan integrasi sosial dalam kalangan pelajar UniSZA terhadap golongan miskin bandar serta masyarakat yang kurang berkemampuan.