ICON UTAMA 1A

 

 

 

ICON UTAMA 3   ICON UTAMA 4   ICON UTAMA 5   ICON UTAMA 6   ICON UTAMA 7   ICON UTAMA 8   ICON UTAMA 9    

Lawatan Pelajar Program Asasi dan Perubatan Ke UniSZA Kampus Besut

Pada 26 Februari lalu,seramai 115 orang pelajar Program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA diiringi 2 orang Pensyarah PUSPA telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kampus Tembila, Besut.

Lawatan ini dianjurkan oleh Pharmacy Student Association (PHARMSA) bertujuan untuk memperkenalkan dan memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai fakulti di Kampus Besut iaitu Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), Fakulti Farmasi dan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) serta kemudahan-kemudahan untuk pelajar yang disediakan di kampus tersebut.

Kehadiran pelajar dan Pensyarah disambut dengan ucapan aluan dari Timbalan Dekan Fakulti Farmasi iaitu YBrs. Dr Syaliza binti Omar, dan ucapan daripada Presiden serta Timbalan Presiden PHARMSA. Turut memberikan taklimat ialah pensyarah dari FIK iaitu Ybrs. Dr Syarilla Iryani Ahmad Saani.