ICON UTAMA 1A

 

 

 

ICON UTAMA 3   ICON UTAMA 4   ICON UTAMA 5   ICON UTAMA 6   ICON UTAMA 7   ICON UTAMA 8   ICON UTAMA 9    

Taklimat Program dan Laluan Kerjaya Program Ijazah Sarjana Muda UniSZA

Taklimat Program dan Laluan Kerjaya Program Ijazah Sarjana Muda UniSZA telah berlangsung pada 29 Januari 2020 bertempat di Dewan Kuliah Utama, UniSZA. Taklimat yang berlangsung selama sehari ini dihadiri oleh 112 pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan bagi Sesi Akademik 2019/2020. Matlamat program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan serta kefahaman kepada pelajar untuk memilih program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UniSZA yang bersesuaian dengan pencapaian yang diperoleh setelah tamat pengajian di Pusat Asasi Sains dan Perubatan kelak.

Sebanyak 6 buah fakulti yang terlibat dalam sesi taklimat ini iaitu Fakulti Perubatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Biosumber & Industri, Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi serta Fakulti Informatik dan Komputeran. Setiap fakulti dihadiri oleh wakil Pensyarah bagi memberikan taklimat program yang berkaitan.

 SILA KLIK DISINI UNTUK KE GALERI GAMBAR