ICON UTAMA 1A

 

 

 

ICON UTAMA 3   ICON UTAMA 4   ICON UTAMA 5   ICON UTAMA 6   ICON UTAMA 7   ICON UTAMA 8   ICON UTAMA 9    

Bengkel Motivasi & Kemahiran Berfikir Secara Kritis Program PUSPA

Bengkel Motivasi dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis bagi pelajar Program Asasi Sains & Perubatan Sesi Akademik 2019/2020 anjuran bersama Pusat Asasi sains & Perubatan dan Pusat Pembangunan Holistik Pelajar telah diadakan pada 10-11 Januari bagi Siri 1 dan 14-15 Januari bagi Siri 2 bertempat di Kem Merang, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar.

Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Asasi Sains & Perubatan iaitu Prof Madya Dr Salwani binti Ismail dan dihadiri juga oleh wakil dari Pusat Hal Ehwal Pelajar.

Seramai 114 orang pelajar telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini yang berlangsung selama dua hari satu malam. Pelbagai aktiviti dilakukan bersesuaian objektif program iaitu untuk memotivasikan pelajar supaya sentasa berfikir secara kreatif dan kritis disamping dapat membentuk kemajuan sahsiah dan rohani para pelajar.

Diharapkan dengan peluang sebegini,pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi untuk dijadikan panduan dalam meniti kejayaan.

 

 SILA KLIK DISINI UNTUK KE GALERI GAMBAR