ICON UTAMA 1A

 

 

 

ICON UTAMA 3   ICON UTAMA 4   ICON UTAMA 5   ICON UTAMA 6   ICON UTAMA 7   ICON UTAMA 8   ICON UTAMA 9    

Tuah untuk PUSPA di Kejohanan Sukan Asasi Malaysia 2020 (SAM)

Emas 200m lelaki di Kejohanan Sukan Asasi Malaysia 2020 SAM. 1

 

Kejohanan Sukan Asasi Malaysia 2020 (SAM) telah berlangsung pada 17-19 Januari 2020 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan.

Pusat Asasi Sains Dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah membariskan seramai 13 orang atlet berbakat dalam acara Futsal Lelaki, Badminton Lelaki, Karom dan Olahraga dan diringi oleh 4 orang pegawai pengiring.

Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari ini, menjadi antara kenangan indah yang akan diingati sepanjang tahun 2020 buat warga PUSPA UniSZA. Memori indah ini menjadi lebih bermakna apabila salah seorang daripada atlet olahraga iaitu saudara Muhammad Nabil Arif bin Mat Rifin telah berjaya membawa pulang pinggat EMAS untuk pasukan PUSPA bagi acara 200m lelaki dengan catatan masa 23.5 saat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan PUSPA UniSZA atas kejayaan tersenarai sabagai tujuh pasukan terbaik daripada 13 pasukan bertanding pada kejohanan #sam2020.