ICON UTAMA 1A

 

 

 

ICON UTAMA 3   ICON UTAMA 4   ICON UTAMA 5   ICON UTAMA 6   ICON UTAMA 7   ICON UTAMA 8   ICON UTAMA 9    

Kejayaan Pertandingan Pameran Dan Pertandingan Rekacipta, Terengganu 2019 (ICTex 2019)

 

KUALA NERUS – Pusat Asasi Sains dan Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mencipta kejayaan cemerlang apabila merangkul 1 pingat Emas, 1 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa di Pertandingan Pameran Dan Pertandingan Rekacipta, Terengganu 2019 (ICTex 2019).

Lebih membanggakan, pensyarah Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA), Dr. Salmiah Jamal Binti Mat Rosid turut dianugerahkan pingat Perak untuk Kategori Idea.

ICTex 2019 yang berlangsung selama dua hari bermula 4 hingga 5 Julai itu berlangsung di Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA telah merangkul 3 kemenangan di pertandingan tersebut iaitu Anugerah emas bagi projek "Portable Plastic Bottle Vacuum Cleaner". Anugerah Perak bagi projek “Oil Fertilizer” dan Anugerah Gangsa bagi projek “Magnifying Solar Cooker”. Tahniah diucapkan kepada semua pensyarah PUSPA dan pelajar yang terlibat.

 

                                                                                       

          SILA KLIK DISINI UNTUK KE GALERI GAMBAR