ICON UTAMA 1A

 

 

 

ICON UTAMA 3   ICON UTAMA 4   ICON UTAMA 5   ICON UTAMA 6   ICON UTAMA 7   ICON UTAMA 8   ICON UTAMA 9    

Lawatan Pelajar Program Asasi dan Perubatan Ke Fakulti Perubatan UniSZA

SABTU, 27 JUN -  Pelajar-pelajar baharu program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA sesi akademik 2019/2020 diiringi oleh 3 orang pensyarah telah mengadakan lawatan ke Fakulti Perubatan, Kuala Terengganu. Relevan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baharu tentang susun atur kedudukan makmal-makmal serta kemudahan yang ada di Fakulti Perubatan. Rombongan lawatan disambut baik oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Perubatan yang telah bersiap sedia untuk memberi penerangan. Para pelajar dibawa melihat kemudahan-kemudahan seperti perpustakaan, kafeteria, surau dan kemudahan ATM. Beberapa makmal iaitu makmal pelbagai guna, makmal kemahiran teknikal dan makmal diseksi turut dilawati. Para pelajar diperlihatkan model anatomi manusia yang diawet menggunakan teknik plastinasi dan juga koleksi model anatomi berbentuk spesimen dan patung. Lawatan ini penting untuk memberi gambaran awal kepada para pelajar terutama yang berhasrat dan bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Para pelajar begitu teruja melihat kelengkapan bahan ujikaji yang tersedia di makmal-makmal fakulti perubatan, justeru memberi satu suntikan semangat untuk mereka gigih mencipta rekod cemerlang di peringkat asasi bagi melayakkan mereka ke bidang perubatan. Para pelajar juga diberi taklimat ringkas berkenaan peraturan makmal dari segi keselamatan dan penggunaan alat-alat radas di Makmal Pelbagai Guna. Lawatan tamat kira-kira jam 11 pagi.

 

lawatan fp

                                                                                                 SILA KLIK DISINI UNTUK KE GALERI GAMBAR