ICON UTAMA 1A

 

 

 

ICON UTAMA 3   ICON UTAMA 4   ICON UTAMA 5   ICON UTAMA 6   ICON UTAMA 7   ICON UTAMA 8   ICON UTAMA 9    

Pendaftaran Pelajar Asasi Sains dan Perubatan Sesi Akademik 2019/2020

ISNIN, 17 JUN - Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA telah menerima kehadiran pelajar-pelajar baharu seramai 99 orang bagi mengikuti pengajian peringkat asasi sesi 2019/2020 selama satu tahun. Pendaftaran pelajar baharu bermula seawal 8.30 pagi bertempat di Foyer Asrama UniSZA berjalan lancar. Sesi pendaftaran dimeriahkan lagi dengan lawatan Yang Berbahagia Dato' Naib Canselor, Profesor Dato' Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan yang turun padang menyaksikan sendiri sesi pendaftaran berlangsung. Terpampar kegembiraan pada raut wajah para ibubapa menghantar anak-anak mereka mendaftar sebagai pelajar PUSPA. PUSPA mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu dengan semangat dan harapan supaya kejayaan tercipta di sini, bak kata pepatah "pergi dengan harapan,pulang dengan kejayaan".  

 

 

                                            KLIK DISINI UNTUK KE GALERI GAMBAR