ICON UTAMA 1A

 

 

 

ICON UTAMA 3   ICON UTAMA 4   ICON UTAMA 5   ICON UTAMA 6   ICON UTAMA 7   ICON UTAMA 8   ICON UTAMA 9    

Soalan Lazim Q & A PUSPA

 

 1.    Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan ke program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA?

Jawapan: Permohonan kemasukan ke program Asasi Sains dan Perubatan bagi pengambilan setiap tahun adalah melalui UPU Online (https://upu.moe.gov.my) yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk keterangan lanjut mengenai program Asasi Sains dan Perubatan, sila layari :  https://puspa.unisza.edu.my

      

2.    Siapakah yang boleh memohon untuk kemasukan ke program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA?

Jawapan: Permohonan ke program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA terbuka kepada pelajar lepasan SPM tahun semasa (SAHAJA) dan memenuhi syarat-syarat kelulusan akademik yang telah ditetapkan (Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA ( 5 ) Kepujian termasuk Bahasa Melayu) dan LULUS matapelajaran Sejarah. Untuk keterangan lanjut mengenai syarat khas ke program Asasi Sains dan Perubatan, sila layari :  https://puspa.unisza.edu.my

3.    Kenapa memilih program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA?

Jawapan: Program Asasi Sains Dan Perubatan UniSZA adalah program fast track yang bermatlamat untuk menyediakan pelajar-pelajar lepasan SPM dengan pencapaian cemerlang untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di dalam bidang yang berasaskan perubatan, sains dan teknologi di UniSZA. Program ini telah mendapat kelulusan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mulai 5 Disember 2016. Program ini dijalankan di UniSZA Kampus Gong Badak. Lepasan program Asasi Sains dan Perubatan ini juga akan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

4.    Apakah program peringkat ijazah sarjana muda yang boleh diikuti setelah lulus dan tamat pengajian dalam program ini?

Jawapan: Terdapat sebanyak TUJUH BELAS (17) program ijazah sarjana muda di UniSZA yang boleh diikuti oleh pelajar setelah lulus dan tamat pengajian program Asasi Sains dan Perubatan. Kesemua program ijazah sarjana muda ini ditawarkan di ENAM (6) buah fakulti di UniSZA. Pilihan program ijazah sarjana muda yang ingin diikuti oleh setiap pelajar adalah pilihan pelajar. Ianya juga berdasarkan keputusan peperiksaan akhir pelajar terbabit serta menuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh setiap fakulti yang dipilih.

5.    Apakah bentuk pembiayaan yang disediakan kepada pelajar program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA?

Jawapan: Pelajar-pelajar yang berjaya memasuki program ini boleh memohon dan akan dipertimbangkan untuk mendapat Bantuan Kewangan Asasi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi sekiranya berkelayakan. Bantuan kewangan tersebut akan diberikan pada kedua-dua semester pengajian.