ICON UTAMA 1A

 

 

 

ICON UTAMA 3   ICON UTAMA 4   ICON UTAMA 5   ICON UTAMA 6   ICON UTAMA 7   ICON UTAMA 8   ICON UTAMA 9    

Kejohanan Sukan Inter- Asasi Peringkat Kebangsaan Universiti Awam (UA) kali ke- 2, (IAG) 2019

Kuala Nerus: 26 Januari 2019 | Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi tuan rumah sempena Kejohanan Sukan Inter-Asasi Universiti Awam (UA) Peringkat Kebangsaan Kali ke-2, 2019 yang bermula pada Rabu, iaitu 23 hingga 26 Januari 2019 bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). 

 Majlis perasmian sempena kejohanan kali ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA), JPT, KPM. YBhg. Prof Dr Mohd Cairul Iqbal bin Mohd Amin bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT. 

Bermotokan 'Stay Fit Stay Connected with Games', IAG 2019 dianjurkan dengan tujuan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa/i. Malah melalui kejohanan  sukan ini juga secara tidak langsung buka jaringan kerjasama antara Pusat Asasi UA seluruh negara dan Kolej Matrikulasi yang mana akan membawa pelbagai manfaat buat semua.

Kejohanan Sukan Inter-Asasi Games (IAG) 2019 anjuran Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) bersama Pusat Asasi STEM, UMT melibatkan 11 Pusat Asasi UA dan  Kolej Matrikulasi dengan penglibatan seramai 916 orang atlet serta pegawai yang menyaksikan sebanyak sepuluh acara telah dipertandingkan sepanjang empat hari kejohanan berlangsung. 

Kejohanan berlangsung dengan penuh gemilang yang mana semangat kesukanan yang tinggi ditunjulkan oleh kesemua atlet dan pegawai sepanjang kejohanan IAG 2019 ini berjalan membuktikan acara sukan merupakan satu daripada wadah yang mampu menyatukan kita semua. Perbezaan latar belakang dan kefahaman mampu diketepikan malah impian membawa pulang pingat dalam acara yang disertai menyatukan semua.

Sepuluh acara sukan utama yang dipertandingkan sepanjang IAG 2019 ialah Catur, Futsal, Petanque, Bola Tampar, Memanah, Badminton, Renang, Bola Sepak, Bola Jaring dan Boling Padang yang menawarkan sebanyak 92 buah pingat kesemuanya. Disamping itu, satu acara tambahan telah dianjurkan khas sempena kejohanan ini iaitu acara ‘Fun Run’.

            Majlis Penutup Kejohanan Sukan Inter-Asasi Peringkat Kebangsaan Universiti Awam (UA) kali ke-2, 2019 dijayakan oleh Naib Canselor UniSZA, YBhg Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif dan turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniSZA, YBhg Prof. Madya Dr. Mohd Afandi bin Salleh.

            Pada majlis penutup ini berlangsungnya upacara peyampaian hadiah kepada semua atlet dan pasukan yang meraih pingat dalam acara yang disertai. Dimana pada kejohanan kali ini PUSPA yang mewakili UniSZA telah berjaya merangkul tempat ke-6 daripada 12 keseluruhan pasukan yang mengambil bahagian pada edisi kejohanan kali ini. 

Kontinjen PUSPA telah meraih sebanyak satu pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa. Pingat emas diraih oleh Muhammad Hafifi bin Yahya dan  Muhammad Ishaq Mukhriz dalam acara Petanque bergu katerogi lelaki manakala pingat perak pula disumbangkan oleh Muhammad Haziq bin Anang dalam acara  memanah individu lelaki bersama pasukan memanah bergu lelaki dan wanita. Akhir sekali, pungutan pingat gangsa pula disumbangkan oleh pasukan memanah  individu kategori wanita dan petanque individu kategori lelaki.

Manakala juara keseluruhan IAG 2019 di rangkul oleh kontinjen Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM) yang berhasil memungut sebanyak sebelas pingat emas, lima pingat perak dan satu pingat gangsa sekali gus merampas tahta juara keseluruhan daripada Pusat Asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada kejohanan pertama dahulu. Pasukan MSMM membawa pulang trofi Johan Keseluruhan IAG 2019 yang disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, dan di iringi oleh Pengarah PUSPA, YBhg. Prof. Madya Dr. Salwani binti Ismail.

Ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet dan pegawai daripada Kontinjen MSMM selaku juara keseluruhan IAG 2019 dan kepada semua atlet dan pegawai yang berusaha sehabis baik dalam memastikan misi yang dibawa sempena kejohanan kali ini dicapai. Selaku tuan rumah pada kejohanan kali ini pihak tuan rumah amat berpuas hati dengan kerjasama dan semangat yang diberikan oleh semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang menjayakan kejohanan sukan IAG 2019.

 

TAHNIAH SUKAN

 

  KLIK DI SINI UNTUK KE GALERI GAMBAR